
FIRMAN Allah SWT:
"Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia)
maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu, dan
pulaukanlah orang yang berpaling daripada kebenaran dalam masa menggunakan
nama-nama-Nya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah
kerjakan." (Surah Al A'raf, ayat 180)
Sheikh Muhammad Mutawali Sya'rawi dalam tafsirnya ketika
mengulas ayat ini menyebut, Allah SWT mengingatkan kita supaya berdoa kepadaNya
menggunakan Asma'ul Husna kerana Dia menginginkan makhlukNya sentiasa
mengingatiNya.
Dan jika kita mempunyai hajat tertentu, adalah menjadi
keperluan untuk menyebut Asma'ul Husna kerana Asma'ul Husna adalah sifat yang
sampai kepada martabat nama-nama Allah. Orang yang memerhati dan memikirkan
nama-nama ini akan merasai kesempurnaan, keagungan dan keindahan Allah SWT.
Dari
Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
''Sesungguhnya
Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu, siapa yang menghafalnya akan
masuk syurga''.
~
Sahih Bukhari
eBooklet
Doa Asma' ul husna
Apa yang menarik tentang ebooklet ini?
DISYORKAN UNTUK ANDA
Kenal Tuhan, fahami alam
Orang
yang mengenali Allah SWT melalui Asma'ul Husna akan memahami bahawa alam ini sangat
luas dan besar, tetapi mereka menginsafi pencipta-Nya jauh lebih Besar!
Diriwayatkan daripada Anas, terdapat seorang lelaki membacakan
doa:
"Ya Allah, saya memohon kepada-Mu bahawasaNya segala pujian
hanya milik-Mu, tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali
Engkau Tuhan yang banyak memberi kurniaan, pencipta langit dan bumi, yang
memiliki keagungan dan kemuliaan. Wahai Tuhan yang Maha Hidup dan Maha Berdiri
dengan sendiri."
Nabi SAW bertanya kepada sahabat: "Apakah kamu tahu dengan
apa dia berdoa? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda
bersabda:
Demi zat
jiwaku yang berada di tangan-Nya, sesungguhnya dia telah memohon kepada Allah
SWT dengan menyebut nama-Nya yang Maha Agung yang apabila seseorang berdoa
dengan menyebutnya pasti dimakbulkan dan apabila dipohon, pasti akan ditunai
oleh-Nya."
Setiap orang ada ujiannya tersendiri tetapi kita sering lupa
mengadu kepada Allah, kita cari manusia dahulu, cari kawan cari keluarga,
sampai satu tahap kita rasa Lelah,sakit sampai susah bernafas menahan segala
keperitan hidup!!!!!
Pernahkah kita terfikir dengan menyeru nama-nama Allah Yang Maha
Besar akan memberi kita jalan dan petunjuk keluar dari masalah tersebut.
Pernahkah kita menyeru Ya Bari’, Ya Quddus dan nama-nama Allah yang lain? Kita
alpa atau kita TIDAK PERNAH TAHU di sebalik nama-nama Allah itu tersembunyi
hikmah doa yang besar.
KENAPA
ANDA PERLU MENDAPATKAN eBooklet
Doa Asma' ul husna ini???
Didalamnya terdapat :
Susunan doa nama-nama Allah sebanyak
99 doa
Ringkas dan padat
Dalam bahasa melayu
Boleh di muat turun dalam bentu
file PDF
Boleh dibaca dan dibawa kemana
sahaja
Sesuai untuk semua golongan